Isnin, 19 Januari 2009

Kit Model Kereta

Perhatikan setiap komponen yang terdapat pada model kereta di atas. (klik gambar untuk paparan lebih besar) Cuba kenalpasti komponen seperti:
1. Roda
2. Gear
3. Gandar
4. Motor
5. Pemegang bateri
6. Bateri
7. Kerangka

Baca berkenaan tentang fungsi bagi setiap komponen yang dinyatakan. (Buku teks & buku kerja)


Gear



(Klik gambar untuk paparan lebih besar)
  • Gear ialah rangka yang mempunyai gigi.

  • Terdapat pelbagai jenis gear iaitu:

  • Gear taji - untuk memindahkan tenaga antara syaf yang selari dan gigi gear ini dipotong lurus.

  • Gear serong - untuk memindahkan tenaga daripada satu syaf kepada syaf yang lain yang bersudut.

  • Gear belitan - berbentuk seperti gear taji tetapi terdapat satu gear yang berbentuk seperti ulir skru.

  • Terdapat pada mesin untuk mengurangkan kelajuan dan memindahkan tenaga putaran syaf pada sudut tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan